Friday, January 20, 2017

TENTANG SEOUL

I'M BACKPACKER KOREA  

#TENTANG SEOUL 

tak macam provinsi lain , seoul dinobatkan sebagai " special city" atau dalam bahasa korea , seoul-tekpyeolshi . perlu kita ketahui, seoul bukan negeri atau provinsi . status special city adalah status tertinggi bagi bandar bandar di korea selatan, maka status korea selatan setaraf dengan status provinsi dan mempunyai sistem pentadbiran tersendiri. senang cerita , status seoul lebih kurang kuala lumpur , kuala lumpur bukan sebuah negeri , tapi adalah pusat pentadbiran . jika kuala lumpur ada datuk bandar , maka seoul ada juga dato bandar aka mayor, seoul adalah antara bandar paling padat di dunia dengan jumlah penduduk melebihi 10 juta ataupun 1\3 daripada jumlah rakyat malaysia yang bejumlah 30 juta orang . keluasan seoul sahaja 550 kali ganda lebih kecil daripada keluasan malaysia, tapi penduduknya 1/3 melebihi jumlah rakyat malaysia ,  bayangkan betapa padatnya seoul dan betapa mahalnya harga rumah dan hartanah di sana. jika kita tonton cerita drama korea , rumah mereka kecil dan hanya tidur diatas tilam lipat (ibul) untuk menjimatkan ruang. masyarakat seoul atau seoulite dianggap sebagai masyrakat yang sombong oleh penduduk provinsi lain. dalam bahasa korea, seoulite dikenalii sebagai "seoul saram" . walaupun ada banyak lagi bandar besar di korea . "seoul saram" menggelar penduduk luar seoul sebagai "jibang saram" yang bermaksud orang kampung . universiti yang terletak di luar seoul juga dipandang rendah dn graduan lepasan universiti luar seoul sukar mendapatkan perkerjaan selepas graduasi. universiti luar seoul digelar "jibang daehaggyo" yang bermaksud universiti kampung